|
SEJARAH PENDIDIKAN RASMI MUAR Sejarah sistem pendidikan rasmi di Muar bermula seawal tahun 1883 iaitu dengan tertubuhnya Sekolah Melayu Padang pada tahun tersebut. Pada tahun 1883 hingga tahun 1900, pentadbiran sekolah-sekolah di daerah Muar adalah di bawah kuasa Pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor, di Johor Bahru. Apabila sekolah bertambah banyak, Pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor memindahkan pengelolaan sekolah-sekolah daerah Muar ke Muar bermula pada tahun 1901. En. Awang bin Bachok dilantik sebagai Inspector of School (Muar) pada tahun 1901. Pada tahun 1918 En.Awang bin Bachok ditugaskan mengurus bahagian Malay Education Department, manakala pengurusan English Education Department diserahkan kepada En. H. Mortimer sebagai Master In Charge. Mulai tahun 1928, jawatan Nazir Sekolah-sekolah bertempat di daerah Muar diwujudkan dan disandang oleh En. Abd. Shukur bin Ismail. Di bawah disenaraikan Ketua-ketua Pentadbiran Sekolah-Sekolah daerah Muar bermula 1896 hingga 1998. JADUAL: SENARAI NAMA KETUA PENTADBIRAN SEKOLAH-SEKOLAH MUAR (1896-1998) Gambar DULU: Sek.Keb.Bandar Maharani Muar 1886 image024.jpg Gambar KINI: Pejabat Pendidikan Daerah Muar image020.jpg SEKOLAH MENENGAH: SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR (SAMURA) Kumpulan ketiga merupakan 175 pelajar Tingkatan Empat telah mendaftarkan diri pada 1 September 1983. Mulai tahun 1988 sekolah ini hanya menerima pelajar baru Tingkatan Empat sahaja dan tidak lagi menerima kemasukan pelajar Tingkatan satu. Mulai 1990 sekolah ini hanya mempunyai pelajar Tingkatan Empat dan Lima sahaja. Pada 30 Jun 1991 Sekolah ini telah menerima kemasukan kumpulan pertama Tingkatan Enam Rendah sehingga tahun 1994. Tahun 1992 merupakan tahun yang amat bersejarah bagi Sekolah Menengah Sains Muar kerana pada tahun inilah sekolah berjaya menghasilkan 100 peratus pangkat 1 dalam peperiksaan SPM.Mulai 1995 Sekolah ini telah dijadikan salah satu pusat matrikulasi bagi Universiti Malaysia Sabah yang berakhir pada Mei tahun 2000. MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) MRSM Muar telah dimulakan pada 1980 dengan pengambilan pelajar seramai 149 orang . Pada tahun 1981, pengambilan pelajar pula adalah seramai 150 orang . Oleh sebab pembinaan bangunan MRSM Muar tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan maka kumpulan pelajar-pelajar itu telah ditumpangkan sementara di MRSM Kulim dan MRSM Kuala Terengganu. Pada tanggal 14hb. Ogos tahun 1981 kampus MRSM telah mula boleh digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut. Mereka ditempatkan semula dikampus MRSM Muar ini . Kampus MRSM Muar terletak di Mukim Bakri di daerah Muar , kira-kira 10 km. dari bandar Maharani Muar . Keluasan kampus ialah kira-kira 23 hektar .MRSM Muar mengandungi satu blok bangunan untuk pejabat pentadbiran dan bilik guru , dua blok bangunan akademik yang baru dan kawasan bangunan akademik yang lama , 2 blok asrama putera dan 2 blok asrama puteri ,sebuah padang sukan dan sebuah kolam renang .
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SRI LANANG Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1969 dengan nama Sekolah Menengah Bukit Serampang, Muar ( Kebangsaan sahaja ). Pada mula penubuhannya, sekolah yang terletak di dalam FELDA Bukit Serampang ini telah diketuai oleh Encik Ismail bin Rahmat yang merupakan pengetua pertama ( 1969 hingga 1978 ).
Pada tahun 1976, Tingkatan 4 Sastera dimulakan di sekolah ini dan serentak dengan itu namanya ditukar kepada Sekolah Menengah Tun Sri Lanang mengambil sempena nama seorang tokoh penulisan yang terkenal pada zamannya. Pada tahun 1985, sekolah ini telah dibekalkan dengan kemudahan elektrik untuk menyempurnakan keperluan asas sekolah.
Pada tahun 2001, kelas Tingkatan 4 Sains dimulakan. Manakala pada akhir tahun 2001, Sekolah Menengah Tun Sri Lanang telah mendapat peruntukan berupa bangunan tambahan sebanyak 2 blok bagi Makmal Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, Bilik Guru, dan Makmal-makmal Sains Tulen. SEKOLAH KEBANGSAAN: SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR (1) Sekolah ini terletak di Jalan Junid Muar dan mula dibuka pada bulan Januari 1961 dan dinamakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Perempuan Sultan Abu Bakar (1). Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Perempuan Sultan Abu Bakar (2) berpindah ke sekolah ini pada tahun 1965. Sebelum ini murid-muridnya ditempatkan di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar. Pada mulanya sekolah ini ada dua buah bangunan sahaja iaitu Blok A dan Blok B yang telah dibina di atas tanah kerajaan merangkumi lot nombor 1730, 2444 dan LOT 354 seluas lima setengah ekar. Sebuah bilik muzik telah dibina dengan daya usaha PIBG sekolah ini. Blok C telah dibina pada Januari 1962. Pembinaan Blok D pula dibuat pada tahun 1964 oleh Allahyarham YAB Dato' Haji Hassan Bin Yunos, Menteri Besar Johor ketika itu. Pada tahun 1990 sebuah surau telah dibina dengan perbelanjaan sebanyak RM 48 952.00. Surai ini dirasmikan oleh Al Fadhil Tuan Kahdi Daerah Muar iaitu Tuan Haji Zainuddin Bin Munajat, SMJ. Pada tahun 1994 bangunan baru iaitu dikenali dengan nama Blok F telah dibina. Bangunan Blok F ini telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 30 Oktober 1994 dan mula digunakan pada 1 Disember 1994. Pada tahun 1998 sekolah ini dekenali dengan Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1). (Sumber: Sek.Keb. SKSAB (1) Online) |
| Custom Term Papers November 19, 2009 06:43 PM PST Very nice write up. Easy to understand and straight to the point. Thanks for sharing here.. | ||
| SAMURA STUDENT February 11, 2009 04:28 PM PST SAMURA IS THE BEST SCHOOL...OUR TEACHERS GIVE THEIR FULL COMMITMENT WHEN TEACH THEIR STUDENTs SAMURA IS THE BEST.... LOVE SAMURA | ||
| christina December 3, 2008 10:13 AM PST halo..nak tnye ni,kt muar ni xde sekolah sains tulen ker? | ||
| dee-ya June 2, 2008 09:43 PM PDT best x mrsm muar??? | ||
| dee-ya June 2, 2008 09:42 PM PDT best xmrsm muaar???? | ||
| ayong/exa March 31, 2008 05:25 PM PDT mm,,spe2 yg twu pasal bdk2 yg dok kt lorong sekolah,jalan abdul rahman,muar kebanyakan nye skul ktne??aku ngah jejak kasih nih..skul yg korg agk2 bdk laki yg akademiknye sederhana bersekolah..skola biase je la..search aku kt myspace k..candle_qqberry@hotmail.com.. ataw kt emel aku..poisoniry_joo@yahoo.com | ||
| ieja January 15, 2008 12:33 PM PST kalu ade peta, bg aku leh x?untuk daerah muar...at ieja_tg@yahoo.com | ||
| ieja January 15, 2008 12:32 PM PST nak tanya, kg. baru ade kat muar x?urgent ni... | ||
| Secret December 9, 2007 12:11 PM PST aku pun anak Muar | ||
| IEKA May 10, 2007 12:11 PM PDT WE LOVE MRSM MUAR...TO OUR BELOVED TEACHER,THANKS A LOT FOR YOUR SACRIFICE | ||
| Leave a Comment: |