Entry: SEJARAH JABATAN KERAJAAN MUAR Oct 20, 2004



SEJARAH JABATAN KERAJAAN MUAR

Jabatan Kerja Raya (JKR)

Pada mulanya Jabatan Kerja Raya Muar di Ketuai oleh Datuk Mat Salleh bin Perang. Beliau telah di tugaskan mengetuai Jabatan Ukur, Tanah dan Kerja Raya Johor. Aktiviti dan fungsi Jabatan Kerja Raya Muar bermula daripada 10 April 1887 (tarikh Datuk Bentara Luar Johor mula tugasnya membangunkan Muar Modern).

Dalam tahun 1892 YB Setiausaha Kerajaan Johor telah mengarahkan Ungku Endut bertukar ke Muar untuk menubuhkan sebuah Jabatan Kerja Raya yang berpindah dari Jabatan Ukur dan Tanah. Sebelum ini Ungku Endut adalah Penolong Penguasa Jabatan Kerja Raya Johor di bawah En Yahya bin Shaaban Al datar yang menjadi Penguasa nya.

Sebelum ini Pentadbiran JKR, Muar terletak di Bangunan Sultan Abu Bakar Jalan Petri Muar iaitu dari tahun 1922 hingga 31.05.1974. JKR muar telah berpindah ke Bangunan sendiri di Jalan Othman Muar Johor yang ada sekarang ini pada 01.06.1974. Bangunan ini sebelumnya sebuah Rumah Persinggahan Muar.


JKR Daerah Muar
B292 Jalan Othman 84000 Muar

   1 comments

joker
January 27, 2006   04:09 PM PST
 
kenapa projek JKR Muar buat jalan seperti jln Tg.Agas dan Jln Abd.Rahman yang baru buat pun dah rosak.. tak de kualiti lah JKR Muar buat jalan. baik tido aje. Buat perhabis duit rakyat .rosak tampal alah kadar aje. pastu rosak semula.Kenepa ye???

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments