|
PENGENALAN "Di sini bermula dan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka" Muar pernah menjadi saksi permulaan keagungan bangsa, dan Muar juga menjadi saksi kejatuhannya. Di bumi bertuah ini juga pernah menyaksikan kehebatan wira bangsa dalam mempertahankan maruah bangsa, negara dan agamanya yang tercinta walaupun nyawa menjadi pertaruhannya. Itulah Muar yang tercinta... Muar sebelum dikenali sebagai Bandar Maharani Muar dikatakan mempunyai beberapa nama lain, dan nama Muar itu sendiri dipercayai berasal dari perbagai sumber seperti: SEJARAH NAMA MUAR TELUK DALAM - Hikayat Malim Dewa-dewa Deman: MUARA - Bahasa Melayu Sunda: MUAK - Rupabentuk Sungai: MUAR atau MUNAR - Bahasa Hindu: Muar atau Bandar Maharani telah dicatatkan oleh beberapa penulis dan menjadi bahan sejarah terpenting masa kini. Antara catatan yang melakarkan coretan sejarah Muar adalah seperti berikut:
Peta lama Portugis yang menyatakan Muar sebagai Kota Ke-2 Portugis di Semenanjung Tanah Melayu se;ain dari kota Melaka. Ia dikatakan dibina pada tahun 1604 oleh Eredia dan berbentuk segi tiga. Persoalannya ialah dimanakah ia kini? Prapanca (1361)(Syair Nagarakertagama): Barros (1553): Tun Sri Lanang (Sejarah Melayu) versi Shellabear: Tome Pires (Suma Oriental): Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, beliau menjadi pemerintah palsu tersebut selama 5 tahun. Oleh kerana bimbang diserang oleh Raja Siam, beliau dengan 1,000 orang pengikut melarikan diri ke Muar. Beliau menetap di sana selama 6 tahun iaitu ketika itu orang-orang Seletar mendiami Melaka. Ortelius (1584)(Peta Lama): Linschoten (1595)(Peta Lama): MUAR DAN SEJARAH KOMODITI Muar di dalam sejarah Kerajaan Melayu Melaka mendapat perhatian Belanda dan Portugis kerana emas yang boleh didapati di lereng Gunung Ledang (Emas ini mengikut lagenda merupakan hantaran jambatan emas oleh Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang). Muar juga suatu ketika dahulu merupakan pengeluar lada hitam dan gambir yang utama. Belanda dan Portugis menjadikan Sungai Kesang hingga ke Sungai Ledang sebagai laluan utama pengangkutan barang dagangan. Sungai Muar di zaman dahulu telah menjadi laluan utama untuk ke Pahang kerana hulunya dikatakan terletak di Tasik Bera, Pahang. Antara lagenda yang dikaitkan dengan Sungai Muar ialah ia pernah disusuri oleh Malim Deman untuk mencari Puteri Bongsu yang dikatakan menyorok di Panchur. MUAR SAKSI KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA Sungai Muar pernah menjadi saksi kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis pimpinan Alfonso D'Albuquere pada tahun 24 Ogos 1511. Di sungai inilah angkatan Sultan Mahmud Shah mengundur diri daripada serangan Portugis. Baginda membina kubu pertahanan di Bentayan (kini tapak kubu itu dijadikan Stesen Bas Ekspress Bentayan (Bas Ekspress/Bas Pagoh) dan teksi) tetapi pihak Portugis berjaya mengesannya. Baginda dan pengikutnya melarikan diri ke Kota Biawak Busuk dan seterusnya ke Kota Pagoh (Kuala Pagoh). Kota Pagoh dikatakan antara kota yang menarik kerana diperbuat daripada tanah liat. Kesannya masih boleh dilihat sehingga kini walaupun telah terhakis ditelan zaman. Di zaman kekuasaan Bugis (terkenal dengan lima bersaudara), Daeng Marewah, Daeng Parani, Daeng Celak, Daeng Manambun dan Daeng Kenasi dikatakan telah datang ke Muar dan menetap di Liang Batu, Lenga. SULTAN MANGKAT DI MUAR Sultan Alaudin Riayat Shah 1 yang pernah memerintah Melaka dikatakan telah mangkat di Pagoh, Muar. Kematiannya menjadi misteri dan lagenda. Ada yang mengatakan baginda meninggal dunia semasa datang untuk bersiar-siar manakala ada pula yang menyatakan beliau mati tercucuk daun. Beliau juga dikatakan berdarah putih dan mempunyai kaitan dengan Mahsuri di Langkawi. Bagaimanapun kesahihannya masih belum dipastikan oleh pengkaji sejarah. 'PERANG SAUDARA DI MUAR'
Daeng Ibrahim (Anakmuar) Pertikaian antara putera Sultan Hussein iaitu Tengku Ali dan Daeng Ibrahim menghasilkan pemerintahan wilayah Muar (yang terletak di antara Sungai Kesang dan Sungai Muar) oleh Tengku Ali pada 10 Mac 1855. Ia merupakan hasil Perjanjian Persetiaan dan Persefahaman antara Tengku Ali dan Daeng Ibrahim. Perjanjian itu mengiktiraf Tengku Ali sebagai Sultan tetapi mensyaratkan gelaran itu tidak boleh diperturunkan kepada warisnya.
Tengku Ali atau Sultan Ali yang menjadi sultan Muar untuk satu generasi sahaja 'Perang Saudara di Muar' merupakan pertikaian antara Sultan Ali dan Maharaja Abu Bakar mengenai takhta kerajaan Johor dalam tahun 1870'an. British telah menyokong Abu Bakar dan berusaha mendapatkan sokongan Penghulu di kawasan Kesang. Sultan Ali bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas pos pertahanan Abu Bakar seperti di Lenga dan Jementah. Kekalahan Sultan Ali menyebabkan daerah Kesang dimasukkan dalam wilayah pemerintah Johor seperti yang ada pada hari. PERASMIAN BANDAR MAHARANI MUAR Bandar Maharani Muar Moden telah dibuka oleh Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar pada tahun 1885. Ia dirasmikan oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 1887.
Gambar Maharaja Abu Bakar: Bapa Pembangunan Johor Moden – mendapat gelaran Maharaja dari Raja Victoria pada 1868. Bandar Muar diberi nama Bandar Maharani yang bermaksud BANDAR ISTERI MAHARAJA. Istiadat perasmian pembukaannya dilakukan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1887 dengan upacara menanam "Azimat" di suatu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Tangga Batu (sekarang menjadi restoran makanan laut Muara yang terletak di tebing sungai Muar iaitu di Perhentian Bas Muar/Melaka/BatuPahat).
Gambar:'Tangga batu' merupakan Pengkalan feri Muar-Tg.Agas pada 1967. Kini ia telah tiada apabila projek Kompleks Perhentian Bas Maharani siap dibina. Bandar Maharani telah berkembang dengan pesat dengan adanya sebuah pelabuhan kecil di Kuala Muar. Ia merupakan ibu negeri bagi negeri Muar (Muar ketika itu diberi taraf negeri di bawah kerajaan Maharaja Sultan Abu Bakar).
Masjid Jamek Muar - merupakan masjid pertama di Muar. Di buka sekitar tahun 1890
Gambar: Di atas nama pembangunan, jambatan yang gagah ini telah 'membunuh' rezeki pemilik feri Muar-Tg.Agas. PENGASAS BANDAR MAHARANI MUAR DATUK BENTARA LUAR - MUHAMMAD SALLEH BIN PERANG Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura dan mendapat pendidikan di sekolah Melayu, sekolah agama dan sekolah Inggeris. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau dari tahun 1856-1912 ialah: Antara sumbangan berharga beliau di dalam pembangunan Johor termasuk Muar adalah seperti berikut: Menjelang tahun 1890 Bandar Maharani telah menjadi sebuah pusat aktiviti pentadbiran dan perniagan yang terbesar di kawasan pantai barat negeri Johor. Seorang pelancong Inggeris, Florence Caddy, pernah mencatatkan: " Bandar Maharani merupakan bandar yang cantik dengan penduduk-penduduknya seramai 5000 orang terdiri dari orang Melayu yang mendiami kampung-kampung di keliling bandar tersebut, dan orang Cina dan sedikit orang India yang berkedai dalam bandar itu sendiri. Bahawa bandar ini mempunyai beberapa buah bangunan-bangunan serta kilang papan dan sebuah bengkel pembuat batu bata". Perdagangan utama di pelabuhan Bandar Maharani waktu itu ialah gambir, lada hitam, pinang kering, kelapa kering, kopi, sagu ubi dan buah-buahan. Tetapi gambir dan buah-buahan merupakan perdagangan paling utama. Menurut Laporan Tahunan Kerajaan Johor 1911 daerah Muar merupakan pengeluar hasil gambir yang terbesar sekali di seluruh negeri Johor diantara 1887 dan 1911. Manakala pada musim buah-buahan (1911) sebanyak kira-kira tiga-suku juta buah durian, 29000 tong buah duku dan 23000 tong buah manggis telah di ekspot melalui pelabuhan Bandar Maharani. Pada masa ini setiap kapal yang keluar dari pelabuhan Muar adalah bermuatan kira-kira 25,000 biji buah durian dan bilangan kapal-kapal yang masuk itupun bertambah menjadi lima ke enam buah sehari. MUAR - KUBU TERAKHIR SERANGAN JEPUN 11 Januari 1942 Tanggal 11 Januari 1942 menyaksikan Muar diserang dan dibom oleh tentera udara Jepun.
Serangan udara oleh Jepun (Anakmuar) Pengeboman bandar Muar itu menandakan saat-saat terakhir kejatuhan Tanah Melayu ke tangan Jepun oleh kerana kedudukan Muar dan Johor yang strategik bagi pertahanan di Selatan Tanah Melayu. Di samping itu Muar dianggap sebagai kubu kedua selepas Kedah. Akibat serangan ini Jepun kemudiannya telah menguasai tebing utara Sungai Muar. Sungai Muar merupakan halangan terakhir di Tanah Melayu sebelum mereka sampai di Johor Bahru. Serangan-serangan udara tentera Jepun ini telah dibantu pula oleh kemaraan pasukan ke-15 tentera berjalan kaki Jepun yang diketuai oleh jeneral Nizhimura. Mereka melakukan serangan daripada tiga penjuru, dan terus bergerak menyusur pantai dari muara Sungai Muar menuju Muara Sungai Kesang. 16 Januari 1942 Dengan menggunakan jambatan-jambatan yang dibina di atas perahu-perahu, pasukan tentera berjalan kaki dan kereta-kereta kebal Jepun kemudiannya menyeberang Sungai Muar dan pada 16 Januari 1942 berjaya menguasai Sungai Muar sepenuhnya.
Peta lama milik askar Australia yang menunjukkan pertempuran antara askar Australia dan Jepun pada 19 Januari 1942 (Foto: www.mccallum-collection.org) Untuk mempertahankan Muar, Inggeris telah menghantar pasukan 'Brigade ke-45 Infantry India,' dan pasukan 'Australian Imperial Force' di bawah arahan Leftenan General Bennets. Pasukan Brigade ke-45 'Infantry India' yang baru tiba dan tidak mempunyai pengalaman perang ini telah menyebabkan pasukan Jepun dapat menawan bandar Muar dengan mudah. Ini merupakan satu kelemahan Inggeris yang nyata sekali.
Rejimen ke-4 Anti Kereta Kebal Division Ke-8 Tentera Australia cuba mempertahankan kemaraan tentera Jepun di Bakri. Gambar di atas diambil pada tarikh 18 Januari 1942 (Sumber foto oleh Australian War Memorial). Inggeris terpaksa berundur dan cuba menyerang balas di Bakri 3 , tetapi gagal. Pada 20 Januari 1942 askar yang bertahan di Bakri telah diarahkan berundur apabila suasana di Muar semakin membimbangkan. Tentera-tentera Jepun terus mara dan menawan Batu Pahat, Kluang dan Ayer Hitam. Menyedari suasana bahaya sekiranya mereka terus bertahan di Johor, pihak Inggeris selepas bersidang di 'Pejabat Third Indian Corporations' telah mengambil keputusan untuk berundur dari Johor mulai 28 Januari 1942 atau selewat-lewatnya pada 31 Januari 1942. Dengan pengunduran ini maka berakhirlah pertahanan British di Tanah Melayu. Kejatuhan Muar ke tangan Jepun telah mematikan harapan mereka untuk menyekat kemaraan Jepun. Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan dengan kejatuhan Muar, pintu bagi penguasaan seluruh Tanah Melayu telah terbuka. Jepun hanya menunggu masa untuk terus mara ke Singapura. PERISTIWA BUKIT KEPONG
Balai Polis yang menjadi kenangan kehebatan wira bangsa |
| fara September 18, 2009 09:29 PM PDT aku bukan nak cari nie aku nak cari melaka................ | ||
| azura August 4, 2009 05:58 PM PDT saya dilahirkan di hospital daerah muar pada 1984 sehingga kini parit bunga menjadi rumah kenangan bagi kami. Kami adalah gugusan terbesar di johor | ||
| malaysia web design July 1, 2009 04:25 PM PDT SEKARANG GUNA KUASA MENTERI | ||
| encem May 10, 2009 11:36 PM PDT letakla gamba rumah pasung tu??/ | ||
| encem May 10, 2009 11:31 PM PDT letakla gamba rumah pasung tu??/ | ||
| faRaH May 1, 2009 01:11 PM PDT x sngke mua ad sjarah gk ek,..=) | ||
| Anak Muor March 27, 2009 04:14 PM PDT Tahniah pada yang buat blog ni. Sejarahnya boleh dikatakan lengkap untuk rujukan. Politik org muor http://anakmuor.wordpress.com | ||
| yuedee February 27, 2009 08:55 AM PST aku anak muar sejati...HIDUP MUAR!!!!! | ||
| zam April 8, 2008 05:01 AM PDT aku anak kelahiran muor walaupun aku dok kota tinggi.disamping tumpang bangga anak muar jadik artis spt ramlah ram ,alam kadir astro dan jaafar onn. | ||
| ANEESHAA October 8, 2007 08:48 PM PDT BU Bu bu BU bU bu......... | ||
| Name September 20, 2007 11:31 PM PDT dpt kn banyak lg pic... | ||
| shamila johari July 27, 2007 06:20 PM PDT muar ialah salah satu tempat bersejarah di tanah melayu....kalau leh tmbah ar pic..video pun x per..for our generation gk kan..diowg nak cari informaTion pasal sejarah..so,HELP OUR GENERATION!!! | ||
| shamila johari July 27, 2007 06:20 PM PDT muar ialah salah satu tempat bersejarah di tanah melayu....kalau leh tmbah ar pic..video pun x per..for our generation gk kan..diowg nak cari informaTion pasal sejarah..so,HELP OUR GENERATION!!! | ||
| shamila johari July 27, 2007 06:19 PM PDT muar ialah salah satu tempat bersejarah di tanah melayu....kalau leh tmbah ar pic..video pun x per..for our generation gk kan..diowg nak cari informaTion pasal sejarah..so,HELP OUR GENERATION!!! | ||
| starfire July 6, 2007 03:09 PM PDT aku menantu orang muar..aku pon tumpang bangga..tk sia2 aku tumpang bangga | ||
| nana June 24, 2007 05:41 PM PDT fuyoooh macam - macam ada....hidup orang muor... | ||
| sempoi May 14, 2007 10:23 PM PDT SAYA BERASA GEMBIRA APABILA MEMBACA SEJARAH MUAR INI | ||
| sempoi May 14, 2007 10:22 PM PDT assalamualaikum, semua. apa habaq | ||
| Nisha March 26, 2007 04:00 PM PDT Ayah saya orang sg mati, sementara ibu pula dr kesang tasek tak sangka sejarah muar hebat tahniah pada yg mengkaji & membina laman web ini. Sekarang ni saya masih d Selangor insyaallah dlm masa akan balik bermaustatin d Muar | ||
| nasa March 15, 2007 02:43 PM PDT anak jati muar aku ni.. aku xpercye sjrh muar camni hebat sekali... aku bangga dengannya.. smge muar menjadi kawasan yang maju setaraf dengan BANDAR RAYA yang ada di Malaysia ini. AMIN!!!! | ||
| heart88 January 19, 2007 11:15 AM PST banyak gak cter tntg muar ni ek... | ||
| lempor January 1, 2007 02:22 AM PST Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada seluruh warga muar yang menyambutnya pada 31/12/06.Saya di Riyadh menyambutnya sehari lebih awal pada 30/12/06....Tak lupa juga Selamat Tahun Baru 2007 | ||
| lempor December 29, 2006 08:45 PM PST saya anak muor amat berbangga dengan 'anakmuar dot com' ni.walaupun saya dah kerja kat riyadh, tapi sentiasa mengikuti berita muar ni.sekarang ni pulak dah kena banjir.sempati saya kepada orang muar yang mejadi mangsa banjir.sejarah muar juga dapat diketahui melalui bekas sekolah saya tu'sek men tengku mahkota parit raja....tahniah untuk smtm......teruskan usaha murni anda semua.dapat kiranya disiatkan gambar banjir dimuar untuk dikongsi pengalaman bersama.....terimakasih kepada 'anakmuar dot com' kerana memberi ruang saya menulis sepatah dua kata. | ||
| lempor December 29, 2006 08:44 PM PST saya anak muor amat berbangga dengan 'anakmuar dot com' ni.walaupun saya dah kerja kat riyadh, tapi sentiasa mengikuti berita muar ni.sekarang ni pulak dah kena banjir.sempati saya kepada orang muar yang mejadi mangsa banjir.sejarah muar juga dapat diketahui melalui bekas sekolah saya tu'sek men tengku mahkota parit raja....tahniah untuk smtm......teruskan usaha murni anda semua.dapat kiranya disiatkan gambar banjir dimuar untuk dikongsi pengalaman bersama.....terimakasih kepada 'anakmuar dot com' kerana memberi ruang saya menulis sepatah dua kata. | ||
| lempor December 29, 2006 08:42 PM PST saya anak muor amat berbangga dengan 'anakmuar dot com' ni.walaupun saya dah kerja kat riyadh, tapi sentiasa mengikuti berita muar ni.sekarang ni pulak dah kena banjir.sempati saya kepada orang muar yang mejadi mangsa banjir.sejarah muar juga dapat diketahui melalui bekas sekolah saya tu'sek men tengku mahkota parit raja....tahniah untuk smtm......teruskan usaha murni anda semua.dapat kiranya disiatkan gambar banjir dimuar untuk dikongsi pengalaman bersama.....terimakasih kepada 'anakmuar dot com' kerana memberi ruang saya menulis sepatah dua kata. | ||
| lempor December 29, 2006 08:41 PM PST saya anak muor amat berbangga dengan 'anakmuar dot com' ni.walaupun saya dah kerja kat riyadh, tapi sentiasa mengikuti berita muar ni.sekarang ni pulak dah kena banjir.sempati saya kepada orang muar yang mejadi mangsa banjir.sejarah muar juga dapat diketahui melalui bekas sekolah saya tu'sek men tengku mahkota parit raja....tahniah untuk smtm......teruskan usaha murni anda semua.dapat kiranya disiatkan gambar banjir dimuar untuk dikongsi pengalaman bersama.....terimakasih kepada 'anakmuar dot com' kerana memberi ruang saya menulis sepatah dua kata. | ||
| Det December 4, 2006 04:19 AM PST Ketika brtugas di Muar 95-99 web site nie blm ade, tp skrg sy dh blk ke ng Kedah dan dpt mngikuti sej Muar melaluinya. Sy selalu rindukan Muar. Tahniah utk penulisnya. | ||
| Sharul November 1, 2006 04:08 PM PST Sekalong tahniah kpd pencipta laman web ini.Sebagai anak jati Muar,kelahiran Bkt.Gambir,saya mengalu-alukan kpd sesiapa yang tahu sejarah Bkt.Gambir atau mukim-mukim lain di Muar agar dapat menyumbangkan dlm web ini bagi tujuan renungan terutamanya kpd generasi muda kini. | ||
| Anak Melayu October 30, 2006 07:50 AM PST Akulah satunya anak muo yang tak mengaku muo. hahahaha.. apasal ek.. aku pun tak tau. tapi dalam hati memang aku bangga jadi org muo. | ||
| Mat Kentang October 19, 2006 08:40 PM PDT Napa blog anak muor ni tak ada cerita tentang kehebatan Sultan Ibrahim Johor suka berburu di Kg. saya Kg. Parit Sawah, Kg. Kurnia Sakti, Kundang Ulu Muar dan ada satu Kampung lagi namanya Bukit Tengkorak. Kehebatan Sultan Ibrahim ni kalau berburu harimau Baginda boleh membuat Pak Belang ni tunduk terketar-ketar dan terus masuk dalam kandang yang Baginda bawa. Ada Komen? | ||
| Mat Kentang October 19, 2006 08:35 PM PDT Askum, aku bangga jadi 'anak muor' Istimewanya akan muor kat mana-mana dalam negeri ke luar negeri akan kata aku anak muor | ||
| jawa October 18, 2006 10:30 AM PDT nak tanya skit la..biasanya kalau orang tanya "kau orang mana"... "saya orang muor" kenapa tak jawap "Johor"..ada komen tak? | ||
| SHAH September 27, 2006 08:07 AM PDT wah aku kagum dgn sejarah tempat aku lahir.rupa2nye muar kaya dgn sejarah ketika dahulu kala.HIDUP MUAR | ||
| Yacht September 12, 2006 05:10 PM PDT Sebagai anak rantau, amat tersentuh apabila aku membuka blog ini. Satu usaha yang amat dibanggakan. Memang benar, Muar penuh dengan kisah yang mana jika tidak digali dan dipamer kepada umum ia bakal dilupakan orang termasuk anak-anak jati Muar sendiri. Terima kasih dan syabas kepada mereka yang mengusahakannya... | ||
| Abang J4 September 1, 2006 01:34 PM PDT di Mukim Bukit Kepong, selain cerita perang, cerita tentang harimau jadian "MAK KEMBANG" bagai mana pula? penulis kena cungkil dan bertemu dengan penduduk tersebut untuk terus membongkarkan sejarah ini. Selamat maju jaya. | ||
| Abang J4 September 1, 2006 01:34 PM PDT di Mukim Bukit Kepong, selain cerita perang, cerita tentang harimau jadian "MAK KEMBANG" bagai mana pula? penulis kena cungkil dan bertemu dengan penduduk tersebut untuk terus membongkarkan sejarah ini. Selamat maju jaya. | ||
| anak jelapang padi August 30, 2006 07:22 PM PDT bagus la hang nie...... ada semangat anak johor..... teruskan usaha anda.......... | ||
| Sarah Adli Shah August 25, 2006 11:49 AM PDT Saya amat berterima kasih kepada pengarang laman web ini kerana informasi di laman web ini banyak menolong saya dalam menguruskan salasilah kehidupan ayahanda saya, anak jati Muar yang pernah berkhidmat di dalam tentera jepun, berkhidmat dengan sultan johor dan mengingati fakta-fakta yang telah banyak beliau lupa disebabkan keuzuran beliau kini. | ||
| NameMr Kebib August 24, 2006 03:09 PM PDT Tahniah,Kpd pengarang laman web,pesan kpd anak Muar pertahankan tanah daerah ini drpd di jual kpd org cer. TQ | ||
| Muorian August 4, 2006 12:19 AM PDT walla weh.. aku suke giler bc sejarah muor nih. baru ni aku tau betapa muor ni penuh dgn sejarahnye.. (selama nie aku tau sket je..yelah result sejarah spm pun x gempaq mane..hehe). tp lepas bc nih aku mmg kagum. kpd editor, tambah lg citer2 yg best. nanti kalo ader input lg aku inform kat cni yerk... | ||
| waheeda76 July 15, 2006 11:40 AM PDT wah...as anak muo aku kagum lah dgn usaha pencipta web nih!! tahniah la...tp lagik baik klu profail pereka cipta web ni di tunjukkan barulah World!! teruskan usaha anda.bangga tul lah jadik anakmuo nih!! | ||
| matkecepu July 14, 2006 08:21 PM PDT terima kasih kepada editor.. seronok pulak aku baca sejarah muar tu.. tapi aku rasa banyak perkara lain yg best kat muar tu... kalau rajin tulislah lagi.. TQ | ||
| matkecepu July 14, 2006 08:21 PM PDT terima kasih kepada editor.. seronok pulak aku baca sejarah muar tu.. tapi aku rasa banyak perkara lain yg best kat muar tu... kalau rajin tulislah lagi.. TQ | ||
| silah June 21, 2006 07:00 PM PDT bila lg penulis nak wat cerita ttg kg-kg yg ada kat muo ni plak?? | ||
| zul May 24, 2006 12:35 AM PDT apakah sebab & bagaimana Sultan Alaudin pergi ke pagoh adakah bersiar-siar, berselisih faham mengenai takhta, berjumpa bomoh atau ada sebab lain dan mengapa ada arkifak lama di tapak masjid kg. raja, pagoh | ||
| Muarian May 16, 2006 07:38 AM PDT what a VERY IMPRESSIVE thing. i luv it! proud to be MUARIAN!!more....more...more..history about muar?? | ||
| muor76 April 29, 2006 12:36 PM PDT ermm yg kapalterbang tu... bukan kapalterbang jepun yerkk! tu kapalterbang us... cuba check lambang dia.. | ||
| Da geram April 27, 2006 09:12 PM PDT Letak la gamba...Puas la sikit!!!!!!! | ||
| amir SEDAR April 26, 2006 07:11 PM PDT Betul ke nak buat muvi.. nak join bleh | ||
| muor76 April 21, 2006 12:09 PM PDT jom org muo jooin forum kalo nak tengok pic klasik johor/muo/sultan masuk lah kat http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=204679&extra=page%3D1 kalo nak join diskusi budak muo masuk la kat http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=88869&extra=page%3D1 jom lah join | ||
| abong April 21, 2006 03:41 AM PDT Insallah kalau ada rezeki...sejarah pasal muo akan difilemkan..but buat masa nie msih tak cukup info untuk menjadikan sejarah pasal muo nie dlm bentuk filem... lagipun susah sgt nak carik dana nak buat filem nie...sapa2 yang ada idea/skrip atau apa saja info utk menjadikan sejarah muo nie dilayar perak..contact la aku...abongroup@yahoo.com.my | ||
| joel April 18, 2006 06:41 PM PDT what a VERY IMPRESSIVE thing. i luv it! proud to be MUARIAN!!more....more...more..history about muar?? ps:i luv the picture of australian soldiers in BAKRI..ermm..luv it! | ||
| rin March 16, 2006 01:40 PM PST mestilah sapa org muo mesti berbangga sbb ada sejarahh.. as anak jati muo i begitu sayang dgn bandar maharani yg kini telah berubah ceria bangunannye..HIDUP MOU.. | ||
| Name March 13, 2006 02:54 PM PST hai | ||
| Name M.Salim March 13, 2006 02:17 AM PST Sunguh pun saya berkerja di KL ,saya tetap mempuanyi sebuah di deaarah Muar,ini kerana saya berasal dari Dearah Muar,amat sayang hendak tinggalkan Dearah Muar, kesempatan tidak berkerja 3 atau 4 hari dalam seminggu saya akan balik ke rumah saya di Muar. | ||
| erie February 21, 2006 03:37 PM PST bleh tahan jugak ek history muar..nak lagii.... | ||
| Murni February 7, 2006 05:21 PM PST tuan penulis... tq very big.. bila nak tambah lagi.. takan ni jer? | ||
| aSSM003 February 5, 2006 03:24 PM PST dah lama aku tak gi Mu | ||
| Murni February 4, 2006 08:30 PM PST aku tak sangka sejarah muar begitu hebat rupanya | ||
| Leave a Comment: |